Tentang Kami

Jiwa Kembara Kami Di Satun

Karlisa Travel & CJS Satun 406

Selamat Datang ke Karlisa Travel, pintu masuk utama anda untuk menerokai keindahan tersembunyi di Wilayah Satun, Thailand. Berpusat di Pak Bara, kami bukan sekadar agensi pelancongan; kami adalah rakan kembara anda yang komited menyediakan pengalaman percutian yang autentik, selesa, dan mampu milik.

Di bawah payung CJS Satun 406, kami menawarkan ekosistem pelancongan yang lengkap, daripada aktiviti mencabar, penginapan yang selesa, hinggalah ke hidangan tempatan yang menyelerakan.

Kenapa Pilih Kami?

  • Pakar Tempatan Satun: Kami mengenali setiap ceruk permata tersembunyi di Satun.

  • Mesra Bajet: Perkhidmatan kami fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut bajet anda.

  • Satu Hentian (One-Stop Center): Penginapan, pengangkutan, makan minum, dan aktiviti semuanya diuruskan oleh kami.

  • Memartabatkan Warisan: Dengan melanggan servis kami, anda turut sama membantu memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di bumi Satun.

Pusat Perkhidmatan Kami (CJS Satun 406)

Kami menyediakan pelbagai kemudahan di satu lokasi strategik untuk kemudahan anda:

  1. Karlisa Travel: Pakar pengurusan aktiviti snorkeling (Koh Lipe & Koh Bulone), kayak laut, eksplorasi gua, dan tempahan tiket feri/hotel.

  2. Karlisa Homestay: Rumah rehat 3 bilik yang luas, mampu memuatkan 10 hingga 15 orang. Sesuai untuk percutian keluarga atau kumpulan besar.

  3. Ala Carte Cafe: Nikmati kopi, teh, dan makanan ringan sementara menunggu waktu bertolak atau berehat selepas aktiviti.

  4. Kedai Cenderamata: Bawa pulang kenangan dari Satun dengan koleksi T-shirt eksklusif, magnet peti sejuk, rantai kunci, dan banyak lagi.

Aktiviti Menarik Untuk Anda

  • Pakej Snorkeling: Terokai keajaiban dasar laut di Koh Lipe dan Koh Bulone.

  • Ekspedisi Kayak: Merasai ketenangan berkayak di laut Koh Khao Yai atau menyusuri sungai yang menghijau.

  • Jelajah Alam & Budaya: Lawatan ke Gua Arai Thong, Pantai Rawai, Kebun Bunga Matahari, dan Air Terjun Wang Saithong.

  • Kaki Pancing: Kami menyediakan perkhidmatan XPDC memancing ke Koh Adang (Berlesen Sah).

  • Santapan Tradisional: Nikmati jamuan makan tengahari “Ala Kampung Satun” atau BBQ meriah pada waktu malam.

Visi Kami

Menjadi agensi pelancongan peneraju di Wilayah Satun yang dikenali di peringkat antarabangsa sebagai pintu masuk utama bagi pengembaraan yang autentik, berintegriti, dan mesra bajet.

Misi Kami

Kami bertekad memberikan perkhidmatan sehenti yang holistik merangkumi aktiviti rekreasi, penginapan, dan sajian berkualiti dengan kos yang minimum serta fleksibel mengikut bajet anda. Kami mengutamakan keselamatan dalam setiap ekspedisi melalui pengurusan berlesen dan pemandu pelancong bertauliah, sambil terus memartabatkan identiti budaya dan penggunaan Bahasa Melayu dalam setiap urusan pelancongan di bumi Satun.

0 +

Years of Experience

0 +

Happy Customers

0 +

Professional Guide

0 +

Top Destination

Team Kami

Guide Sordiq

Guide Sordiq

Tour Guide

Dik C

Dik C

Tour Guide

Pozi

Pozi

Pembantu Pejabat